Mungkin ramai yang tidak ketahui yang mana Google mengumpulkan beberapa data berkaitan pelayaran web kita, dalam memperlihatkan iklan yang lebih menarik perhatian dan juga bersesuaian dengan seseorang itu. Pada masa yang sama, para pengguna juga boleh mengubah data yang dikumpulkan Google itu dengan mudah melalui suatu halaman khas.
Melalui halaman Google Ads Preferences, para pengguna boleh mengawal pelbagai data yang dikumpulkan oleh Google itu dengan mudah. Pada masa yang sama, pengguna juga boleh membuang data-data yang disimpan Google itu dengan mudah, dan turut keluar daripadanya dan meminta Google tidak lagi memaparkan iklan berdasarkan minat dan demografik seseorang itu.
Walaubagaimanapun, untuk makluman semua, data yang dikumpulkan hanyalah untuk tujuan memperlihatkan iklan kepada penggunanya, supaya ianya lebih fokus, serta menguntungkan pembaca dan juga pengiklan. Google juga mengatakan mereka mematuhi pelbagai standard dalam melaksanakan perkara ini.