Dengan iTunes kini menawarkan pelbagai genre muzik melaluinya, kini ianya diura-ura akan yang mana Apple bakal melancarkan iTunes Replay, iaitu perkhidmatan yang akan membolehkan pengguna memuat-turun kandungan yang telah dibeli untuk beberapa kali.
Pada awal minggu ini, iTunes Store untuk AppleTV telah dikemaskini, membolehkan para pengguna untuk memuat-turun kandungan video berbentuk siaran TV untuk beberapa kali, dan Apple turut dijangka akan menambah sokongan sama untuk filem tidak lama lagi. Ianya diperkatakan yang melalui iTunes Replay, Apple membenarkan sesetengah kandungan hanya dimuat-turun secara maksimum sehingga lima kali.
Selain daripada itu, pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Apple mungkin akan membawakan sokongan streaming pada kandungan videonya. Ianya diperkatakan fungsi tersebut sedang diuji secara dalaman buat masa ini, dan bakal diperkenalkan kepada umum dalam masa beberapa minggu lagi.
Sebelum ini, Apple hanya memperkenalkan iTunes Match pada WWDC yang lepas, selain beberapa ura-ura memperkatakan yang mana iTunes bakal diberikan nafas baru melalui versi 11 mereka, yang bakal membawakan pelbagai perubahan besar, termasuk dari segi antaramukanya.