Cari @ Amanz

GMail Mobile Kini Dioptimasikan Untuk iOS Dan PlayBook

Oleh Aman

Link Copied!

Google sering mengemaskini perkhidmatan emel mereka dengan pelbagai perkara, dan kini mereka membawakan kemaskini untuk GMail Mobile, dimana kini ianya lebih kemas dan lancar berbanding sebelumnya.

Para pengguna GMail Mobile, terutamanya iOS dan juga PlayBook kini boleh menikmati fungsi tarik ke bawah untuk melihat senarai mesej-mesej baru pada inbox mereka, sekaligus menjadikannya lebih mudah untuk melihat emel-emel baru.

Selain daripada itu, untuk para pengguna iPhone 4 yang didatangkan dengan paparan Retina, kini Google menambah beberapa grafik dan ikon beresouli tinggi, menjadikan penggunaan GMail pada peranti mudah-alih tersebut lebih menarik dan kemas.

Pengguna yang menggunakan GMail Mobile, boleh melayari laman GMail terus melalui peranti mudah-alih bermula hari ini, dan melihat fungsi-fungsi yang dibawakan oleh Google itu.

Tips awal : Amir Hamzah


Komen ()