Carian
Fungsi Kawalan Suara Pada Windows Phone Mango Diperlihatkan
August 4, 2011 Aman

Salah satu fungsi baru yang bakal didatangkan pada Windows Phone Mango kelak adalah sokongan suara-ke-teks dan juga teks-ke-suara, membolehkan mesej yang baru masuk dibacakan kepada anda, dan anda dengan mudah boleh membalasnya dengan hanya menggunakan suara, dan tanpa perlu taip.

Melalui fungsi baru tersebut yang semakin menjadi popular, dan masing-masing berlumba memperkenalkannya pada platform masing-masing, ianya membolehkan pelbagai kemudahan dibawakan kepada para penguna telefon pintar untuk membalas mesej dalam sesuatu keadaan, sebagai contoh ketika memandu.

Melalui sokongan suara pada Windows Phone ini, ianya membolehkan para pengguna membuat panggilan, membuat carian pada Bing, memulakan aplikasi, membalas teks, dan juga bernavigasi menggunakan Maps.

Sebelum ini, Apple turut diperkatakan akan membawakan sokongan lebih kurang sama melalui iOS5, tetapi masih tidak disahkan buat masa ini.

Komen