Rolling.fm Membawakan Fungsi Seumpama TurnTable.fm

Rolling.fm Membawakan Fungsi Seumpama TurnTable.fm

Diterbitkan pada Ogos 4, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang kenali akan perkhidmatan TurnTable.fm, yang mana membolehkan para pengguna memainkan muzik, dan dikongsikan bersama-sama rakan-rakan lain. Namun begitu, baru-baru ini, ianya telah dihalang di Malaysia disebabkan beberapa perkara. Walaubagaimanapun, kini sebagai alternatif, Rolling.fm membawakan perkhidmatan serupa.

Rolling.fm ini dibangunkan oleh salah seorang bekas pekerja daripada Google, membawakan konsep yang serupa dengan TurnTable.fm. Ianya membawakan pelbagai fungsi serupa sama seperti TurnTable.fm, tetapi dengan sedikit perubahan daripada segi antaramuka, dan beberapa fungsi padanya.

Dengan pendaftaran pertama, pengguna turut terus dibawakan ke sebuah bilik yang penuh dengan rakan-rakan lain, membolehkan mereka mengalami penggunaannya terlebih dahulu, sebelum memulakan bilik mereka tersendiri.

Buat masa ini, perkhidmatan ini masih boleh diakses oleh para pengguna Malaysia, namun ianya tidak diketahui sampai bilakah ianya akan terus ditawarkan kepada pengguna tempatan.


TIPS & ULASAN