Facebook Bakal Mengemaskini News Feed Dan Butang Like

Facebook Bakal Mengemaskini News Feed Dan Butang Like

Diterbitkan pada Ogos 4, 2011 oleh .

Ianya kini dilaporkan yang mana Facebook dalam proses untuk memperkenalkan beberapa perubahan pada fungsi News Feed mereka, selain mana turut dijangka akan menambah salah satu fungsi baru pada butang popular Facebook Like mereka tidak lama lagi.

Buat masa ini, fungsi dan kemaskini baru yang bakal diperkenalkan itu masih tidak diketahui sepenuhnya. Berkemungkinan salah satunya adalah kemaskini masa-nyata pada News Feed mereka, membolehkan para pengguna mengikuti rakan-rakan mereka dengan mudah dan pantas.

Selain itu, ianya turut diperkatakan yang mana melalui kemaskini baru itu kelak, ianya akan membolehkan lebih banyak data berkaitan seseorang pengguna itu dapat dikumpulkan, sekaligus menguntungkan pengiklan pada Facebook untuk memasarkan produk mereka.


TIPS & ULASAN