Selain mengeluarkan aplikasi rasmi CIMB, kini CIMB Group bersama-sama dengan Terato Tech memperkenalkan permainan kasual yang dipanggil The Octo Explorer untuk para pengguna Android dan juga iOS. Menariknya adalah ianya boleh dimuat-turun secara percuma, dan tidak memerlukan sebarang pendaftaran untuk bermain.
Permainan kasual Octo Explorer ini memfokuskan kepada watak utamanya yang mana juga merupakan salah satu maskot untuk CIMBClicks, iaitu Octo. Para pemain dihidangkan dengan tiga peringkat berbeza, iaitu di lautan, awan, dan juga angkasa lepas. Watak Octo pada permainan tersebut boleh dikawal dengan mudah dengan hanya mengerakkan peranti ke kiri dan kekanan.
Selain daripada itu, ianya turut diintegrasikan dengan fungsi sosial untuk membolehkan pemain berkongsi melalui Twitter dan Facebook. Para pemain yang berminat boleh memuat-turun Octo Explorer ini secara percuma terus melalui Android Market ataupun Apple AppStore, dan mula bermain hari ini.