Cari @ Amanz

Instagram Kini Melihat Lebih 15 Gambar Dimuat-Naik Setiap Saat

Oleh Aman

Link Copied!

Aplikasi yang menambah efek kepada gambar yang dirakamkan, iaitu Instagram terus memperlihatkan perkembangan positif, dimana dengan hanya menawarkan aplikasi tersebut kepada para pengguna iOS, dan dengan hanya 4 orang pekerja, kini ianya telah mempunyai lebih daripada 7 juta pengguna berdaftar dengannya.

Bertambah menarik lagi adalah apabila kini Instagram melaporkan yang mana mereka telah melangkaui lebih daripada 150 juta gambar yang dikongsikan melalui aplikasi mereka. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana para pengguna Instgram berkongsi hampir 15 gambar setiap satu saat.

Sebelum ini, pada bulan Julai yang lepas, ianya dilaporkan yang mana Instagram mempunyai lebih kurang 6 juta pengguna, dan mereka telah menambah lebih 1 juta pengguna baru dari tempoh tersebut. Ianya sebelum ini turut diura-ura akan yang mana Instagram akan memperkenalkan aplikasi serupa untuk Android. Namun masih tiada berita mengenainya sehingga kini.


Komen ()