Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, enjin carian Google sering digunakan dalam mendapatkan maklumat yang pantas berbanding sesuatu isu dan perkara. Kami di Amanz, seperti minggu lepas, kini membawakan 10 carian yang paling popular yang dilakukan melalui Google Malaysia sepanjang 29 Julai hingga 4 Ogos.

Puasa / Niat Puasa / Doa Berbuka

Seperti sedia maklum, pada minggu ini, bermulanya bulan Ramadhan, yang mana merupakan bulan berpuasa dikalangan Muslim seluruh dunia, dan Google seperti biasa digunakan dalam mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan dengannya, daripada niat berpuasa hinggalah ke doa berbuka dan sebagainya.

Solat Terawih

Bersama-sama dengan puasa, salah satu perkara yang menjadi sebutan ramai sepanjang bulan Ramadhan adalah solat sunat Terawih yang diadakan setiap malam. Ianya juga turut menjadi salah satu carian popular di laman carian Google Malaysia sepanjang minggu lepas.

Jejari Runcing / Khairul Fahmi

Ianya diperkatakan yang mana pemain bola sepak kebangsaan, iaitu Khairul Fahmi telah putus tunang bersama dengan penulis blog Jejari Runcing. Pihak ketiga dilaporkan salah satu sebab dalam perkara ini.

Saga FLX

Pada penghujung Julai yang lepas, Proton telah melancarkan model baru Saga dengan enjin 1.3L, dan ianya turut telah menjadi salah satu carian popular sepanjang minggu lepas. Mungkin Google Malaysia digunakan sebagai salah satu cara untuk mendapatkan maklumat berkaitan model baru tersebut.

Pottermore

Para penduduk Malaysia adalah sebahagian daripada penduduk dunia yang terpilih untuk mendapatkan akses ke laman tersebut dengan menyelesaikan beberapa klu dan soalan yang mana diperkenalkan sejak 31 Julai, dan akan tamat pada 6 Ogos kelak.

Lagu Raya

Walaupun baru sahaja bermula bulan puasa, ramai yang tidak sabar untuk menyambut raya, dengan mencari pelbagai lagu-lagu raya dan Aidilfitri melalui Google Malaysia.

Public Bank Berhad

Pada 3 Ogos yang lepas, Public Bank telah mengeluarkan sebanyak RM3 billion untuk menguatkan pegangan modal mereka.

Aleesha Farhana

Salah satu topik terhangat yang mendapat carian yang banyak di Google Malaysia adlaah Aleesha Farhana yang mana merupakan salah seorang yang melalui pembedahan pertukaran jantina, yang mana kemudiannya meninggal dunia di hospital Terengganu.

Saps

Salah satu sistem baru yang mana merupakan singkatan kepada System of Analysis for School Examination, yang mana membolehkan para pendidik untuk menghantar data peperiksaan secara atas talian.

David Guetta

Salah seorang DJ Perancis, yang mana masih hidup dan sihat, berbeza dengan beberapa ura-ura kedengaran di internet yang mengatakan sebaliknya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd