Cari @ Amanz

Salah satu peranti Nokia yang dinantikan ramai adalah Nokia N9 yang mana menggunakan sistem operasi MeeGo. Kini ianya diperkatakan yang mana Nokia N9 akan berada di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi, dan akan ditawarkan oleh salah satu syarikat telekomunikasi terkemuka negara.


Kamera Oleh Syefri Zulkefli

Harganya masih tidak diketahui lagi buat masa ini, namun ianya diperkatakan yang mana harga Nokia N9 akan lebih murah daripada apa yang diperkatakan sebelum ini ketika pelancarannya tempoh hari.

Melalui Nokia N9, ianya membawakan MeeGo 1.2 Harmattan, kamera 8-megapixel dengan optik Carl Zeiss, skrin sentuh AMOLED Seluas 3.9-inch, storan terbina dalam variasi 16GB dan 64GB, serta memori sebanyak 1024MB RAM.

Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana Nokia bakal mulakan jualan Nokia N9 bermula 19 Ogos kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd