Fungsi Carian Pada Google+ Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada Ogos 4, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Salah satu fungsi yang sering diminta oleh para pengguna Google+ buat masa ini, adalah fungsi carian pada laman sosial daripada Google itu. Sehingga kini, masih tiada fungsi carian pada Google+, dan ianya mungkin berubah tidak lama lagi.

Menurut Google, kini mereka dalam proses membangunkannya, dan mungkin akan melancarkannya kepada umum tidak lama lagi. Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana data-data daripada Google+ akan turut diintegrasikan pada carian masa-nyata Google tidak lama lagi.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan, namun mungkin kita boleh menjangkakannya sebelum Google+ dibuka kepada umum kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami