Cari @ Amanz

Panggilan Video Skype Kini Disokong Pada Lebih Banyak Peranti Android

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah dinantikan sekian lama, hari ini, Skype membawakan sokongan aplikasi Skype untuk Android bersama video kepada lebih banyak peranti Android, dimana kini mereka membawakan penambahan lebih 17 peranti Android padanya, membolehkan lebih ramai pengguna membuat panggilan menggunakan Android dengan mudah.

Antara peranti baru yang turut disokong oleh Skype adalah termasuk HTC Desire, HTC Desire HD, HTC Flyer, HTC Sensation, HTC Incredible S, Samsung Galaxy S, Samsung Galaxy S2, Samsung Galaxy Tab, Sony Ericsson Xperia PLAY, dan beberapa peranti baru lagi. Selain daripada itu, sekiranya peranti anda tidak tersenarai, tetapi menggunakan Android 2.2 dan terkini, anda masih boleh membuat panggilan video menggunakan Skype dengan mudah.

Jadi, bagi para pengguna Android yang ingin menikmati panggilan video dengan mudah, anda boleh memuat-turun aplikasi Skype untuk Android 2.1 secara percuma melalui Android Market, dan mula menggunakannya hari ini.


Komen ()