Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan BarCamp Kuala Lumpur yang bakal diadakan pada minggu hadapan, pihak Mozilla Malaysia turut sama akan mengadakan sebuah perjumpaan ringkas, dalam usaha untuk menarik dan mempromosikan pasukan terjemaahan Mozilla di Malaysia, serta menarik sukarelawan baru menyertainya.

Ianya dijangka yang mana Mozilla Malaysia akan mengadakan acara khas mereka itu pada waktu malam, berkemungkinan selepas waktu makan. Melalui acara khas tersebut, beberapa perkara akan dikongsikan oleh pihak Mozilla Malaysia, termasuk mengajar peserta baru untuk menyumbang kepada komuniti Mozilla Malaysia.

Para pengguna yang berminat turut sama boleh mendapatkan maklumat awal berkaitan dengan perkara ini, terus melalui halaman rasmi komuniti Mozilla Malaysia, dan ikuti perkembangan lanjut melaluinya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd