Penggunaan Enjin Bing Pada Yahoo! Kini Meliputi 17 Buah Negara

Penggunaan Enjin Bing Pada Yahoo! Kini Meliputi 17 Buah Negara

Diterbitkan pada Ogos 4, 2011 oleh .

Yahoo! secara perlahan telah pun mula memperkenalkan dan mengintegrasikan enjin carian Bing pada laman mereka dibeberapa buah negara, dan dijangka akan memperluaskannya di lebih banyak negara disekitar Asia dan Eropah dalam bulan-bulan akan datang.

Yahoo Bing

Buat masa ini Bing menawarkan hasil carian untuk Yahoo! di sebanyak 17 buah negara, dimana transasi awal ke Bing telah dimulakan setahun yang lalu, melalui pertama kali diperkenalkan di Amerika Syarikat. Sejak Yahoo! menggunakan Bing untuk enjin carian mereka, ianya telah memperlihatkan peningkatan yang memberansangkan, dimana kini Bing menjadi enjin carian yang kedua terpopular diseluruh dunia.

Ianya masih tidak diketahui lagi bilakah Yahoo! Malaysia akan menggunakan Bing untuk enjin carian mereka, namun mungkin kita akan dapat melihat transasi dalam masa beberapa bulan lagi.


TIPS & ULASAN