Pelancaran Sistem Operasi iOS 5 Semakin Dekat?

Pelancaran Sistem Operasi iOS 5 Semakin Dekat?

Diterbitkan pada Ogos 5, 2011 oleh .

Walaupun pelancaran iOS 5 sebelum ini dijangka akan berlaku pada bulan depan atau Oktober, kini beberapa aplikasi pada AppStore dilihat telah pun dioptimasikan dan bersedia sepenuhnya untuk iOS 5 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, memperlihatkan pelancarannya yang semakin hampir.

Pada masa yang sama, ianya juga dilihat yang mana Apple sendiri yang mengesahkan aplikasi tersebut, ianya menunjukkan yang mana pelancarannya yang semakin dekat. Buat masa ini, iOS 5 dalam peringkat beta telah pun diperkenalkan kepada para pembangun, dimana beberapa fungsi tersembunyi padanya telah pun diperlihatkan sebelum ini.

Beberapa laporan sebelum ini juga mengatakan yang mana berkemungkinan Apple akan melancarkan iOS 5 bersama-sama dengan iPhone generasi baru mereka. Namun ianya tidak dapat disahkan buat masa ini.


TIPS & ULASAN