Cari @ Amanz

Dengan pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dan juga Galaxy Tab 8.9 yang bakal berlaku tahun ini di Malaysia, kini Samsung telah pun mula membangunkan tablet baru mereka, dimana kini ianya dilaporkan yang mana mereka sedang dalam proses membangunkan Galaxy Tab bersaiz 7-inch seperti generasi pertama, dengan pelbagai ciri-ciri baru.

Galaxy Tab 7

Ianya diperkatakan tablet 7-inch generasi baru daripada Samsung itu kelak akan membawakan skrin AMOLED dengan resolusi HD 1280×768 pixel, serta membawakan sokongan kamera 5-megapixel padanya. Ianya juga turut sama akan menggunakan platform Android padanya, dan dijangka akan mula dijual di pasaran seluruh dunia bermula daripada pertengahan tahun 2012 kelak.

Mungkin ianya merupakan salah satu langkah yang bijak daripada Samsung, memandangkan ramai pengguna yang gemar akan Samsung Galaxy Tab generasi pertama yang bersaiz 7-inch itu. Mungkin juga ianya turut sama akan menarik minat pengguna Galaxy Tab generasi pertama itu mengemaskini kepada versi baru ini ketika pelancarannya kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd