Cari @ Amanz

Hari ini, Yahoo! secara rasminya memperkenalkan pemain media berasaskan web yang mana dibangunkan sepenuhnya menggunakan HTML dan juga JavaScript, yang mana dipanggil sebagai Yahoo! WebPlayer. Melaluinya ianya membolehkan pemilik laman web menambah kandungan yang diperkaya dalam bentuk yang lebih menarik dan elegen lagi berbanding kebiasaan.

Yahoo! WebPlayer ini menyokong hampir kebanyakkan format yang digunakan di arena web, termasuk video YouTube, Yahoo! Video, MP3 dan juga WMA. Selain daripada itu, ianya turut didatangkan dengan teknologi tambahan, membolehkan para pengguna dan pembaca web anda melihat kandungan dan video berkaitan dengan mudah melaluinya.

Menariknya mengenai Yahoo! WebPlayer adalah dimana kini para pengguna tidak lagi perlu memasukkan kod-kod untuk sesuatu video secara manual dan dengan sukar, tetapi sebaliknya hanya menggunakan Yahoo! WebPlayer, dan ianya akan dimainkan dalam bentuk yang lebih interaktif, sekaligus menjadikan sesuatu laman tampak lebih professional.

Buat masa ini, Yahoo! WebPlayer boleh didapati dalam versi beta, dan para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Yahoo! WebPlayer ini melalui halaman rasmi mereka, dan melihatnya beraksi melalui halaman tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd