GMail Memperkenalkan Fungsi Preview Pane Pada GMail Labs

GMail Memperkenalkan Fungsi Preview Pane Pada GMail Labs

Diterbitkan pada Ogos 5, 2011 oleh .

Hari ini, Google menambah salah satu fungsi baru pada GMail Labs, iaitu yang mana dipanggil sebagai Preview Pane, membolehkan para pengguna pra-lihat sesuatu mesej didalam inbox di GMail dengan pantas dan mudah, dan berfungsi lebih kurang sama seperti yang terdapat pada GMail versi tablet.

Walaupun ianya menggunakan fungsi seolah-olah yang terdapat pada tablet, para pengguna dengan skrin resolusi yang tinggi turut sama boleh mengambil peluang untuk menggunakan fungsi ini, serta memudahkan mereka mengikuti dan membaca sesuatu emel itu.

Para pengguna yang ingin mula menggunakan fungsi tersebut, hanya perlu aktifkan Preview Pane melalui tab GMail Labs, dan sudah boleh menggunakan fungsi tersebut disebarang desktop apabila mereka log masuk ke akaun GMail mereka.


TIPS & ULASAN