Buat masa ini, Nokia Malaysia hanya mengatakan yang mana Nokia N9 bakal dilancarkan di Malaysia dalam masa beberapa minggu lagi bersama-sama dengan salah satu syarikat telekomunikasi tempatan. Namun begitu, menariknya, kini Nokia Sweden mengemaskini halaman mereka, memperlihatkan N9 akan dilancarkan pada 23 September kelak.
Walaubagaimanapun, angka tersebut berkemungkinan adalah hanya untuk pelancaran di Sweden sahaja dan bukannya diseluruh dunia. Melalui kemaskini baru pada laman rasmi Nokia N9 Sweden, ianya memperlihatkan sebuah kaunter, dimana menunjukkan terdapat lebih kurang 49 hari lagi sebelum ianya dilancarkan secara rasmi di sana.
Walaubagaimanapun, seperti diperkatakan pada awal artikel, ianya tidak diketahui bahawa ianya hanya melibatkan Sweden sahaja, ataupun seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sebelum ini, semalam, Nokia telah mengadakan sebuah acara khas di Malaysia, memperlihatkan Nokia N9 kepada beberapa pihak, dan turut mengatakan yang mana harganya kelak akan kompetitif dan jauh lebih murah daripada apa yang diperkatakan ketika pelancarannya tempoh hari.