Google+ Bakal Memperkenalkan Fungsi Jemputan Melalui Pautan

Google+ Bakal Memperkenalkan Fungsi Jemputan Melalui Pautan

Diterbitkan pada Ogos 5, 2011 oleh .

Selain daripada hanya menghantar emel jemputan untuk menyertai Google+, dalam masa beberapa hari lagi Google akan memperkenalkan salah satu fungsi baru pada rangkaian sosialnya, iaitu kebolehan untuk menjemput rakan dengan hanya menghantarkan pautan sahaja.

Dengan pengenalan ini, ianya bakal memudahkan para pengguna sedia ada untuk menjemput rakan-rakan mereka, dengan berkongsi pautan di Twitter, Facebook, khidmat permesejan ringkas, dan sebagainya dengan mudah, dan tidak lagi perlu memasukkan emel seperti sebelum ini.

Walaubagaimanapun, ianya akan dihadkan kepada hanya 150 pendaftaran sahaja melalui setiap pautan, bermakna seseorang itu hanya boleh menjemput seramai lebih kurang 150 rakan mereka sahaja melalui fungsi tersebut. Mungkin juga ini memperlihatkan yang mana Google kini dalam fasa terakhir ujian sebelum membukanya kepada semua secara rasminya.


TIPS & ULASAN