Dengan berakhirnya pembangunan Windows Phone Mango yang telah mencapai fasa RTM, kini seperti semua sedia maklum, Microsoft semestinya telah memulakan pembangunan Windows Phone versi seterusnya. Pada masa yang sama, sebuah gambar mula kelihatan di internet, mengatakannya sebagai versi pembangunan terawal Windows Phone Tango.
Melaluinya, salah satu fungsi diperlihatkan yang dipanggil Content Search dengan membawakan angka pembangunan 8200 dengan nama kod Tango padanya. Salah satu fungsi yang diperlihatkan adalah fungsi carian kandungan melalui telefon, dimana ianya membolehkan para pengguna membuat carian dengan mudah, samada pada peranti Windows Phone, web, rangkaian sosial mahupun yang lain.
Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah Windows Phone Tango akan menemui para pengguna. Selain daripada Tango, ianya juga sebelum ini turut diperkatakan yang mana kemaskini generasi akan datang Windows Phone akan dikenali sebagai Apollo, mungkin akan turut dikenali sebagai Windows Phone 8.
Bacaan lanjut:
Selepas Mango, Adalah Tango – Di Ikuti Windows Phone Apollo
Selepas Mango, Kemaskini Windows Phone 8 Akan Dikenali Sebagai Apollo?