Cari @ Amanz

FourSquare Kini Memperlihatkan Gambar Dengan Lebih Menarik Bersama Status Daftar Masuk

Oleh Aman

Link Copied!

Selain daripada pengenalan FourSquare Pages yang boleh didaftar oleh semua pada awal minggu ini, kini laman FourSquare turut dikemaskini, dimana kini, selain memperlihatkan daftar masuk lokasi rakan-rakan anda, ianya turut sama memperlihatkan gambar-gambar yang dirakamkan oleh rakan anda melalui halaman utamanya.


Web FourSquare Kini Turut Memperlihatkan Gambar [via]

Sebelum ini, FourSquare hanya sekadar memperlihatkan sebuah ikon kamera, menandakan terdapat gambar disertakan bersama-sama dengan daftar masuk sesuatu lokasi itu. Kini, dengan memperlihatkan gambar tersebut, ianya menjadikan laman sosial geolokasi itu lebih menarik berbanding sebelumnya.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, ianya hanya untuk para pengguna web sahaja, dan berkemungkinan ianya akan diperkenalkan pada aplikasi mudah-alih tidak lama lagi.

Take a look: your friends’ check-ins on the web (http://t.co/oQt2OEB) now show photos inline (no needless clicking). Enjoy the sights!less than a minute ago via Twitter for Mac Favorite Retweet Reply


Komen ()