Carian
Google Docs Turut Sama Memperlihatkan Antaramuka Baru
August 5, 2011 Aman

Seperti sedia maklum, Google sedang menjadikan antaramuka semua perkhidmatan mereka selari, dan kini ianya kelihatan Google Docs turut sama menerima antaramuka yang baru, dan sudah siap untuk diuji dan digunakan oleh semua pengguna Google Docs.

Seperti rekabentuk perkhidmatan lain, ianya kini membawakan antaramuka yang lebih kemas berbanding biasa, serta memperlihatkan ruangan bersih dan putih yang lebih banyak daripada sebelumnya. Ianya masih tidak diketahui bilakah Google akan memperkenalkannya kepada semua, tetapi semua boleh mengaksesnya hari ini.

Komen