Carian
Permasalahan Domain PropertyGuru.com.my Dibawa Ke Mahkamah Tinggi
August 5, 2011 Aman

Jarang sekali kita mendengar kes-kes berkaitan dengan nama domain di Malaysia. Hari ini, salah satu laman terkemuka berkaitan hartanah, iaitu iProperty.com mengambil langkah untuk menyelesaikan hal berkaitan domain PropertyGuru.com.my bersama-sama dengan pihak AllProperty Media Pte Ltd di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pihak iProperty.com mendapatkan hak milik ke atas nama domain PropertyGuru.com.my melalui pengambil-alihan Think Media Sdn Bhd pada sekitar tahun 2010, dan nama domain tersebut telah didaftarkan oleh Think Media Sdn Bhd. Dan melalui perbicaraan sebelum ini, iProperty diarahkan untuk menyerahkan nama domain PropertyGuru.com.my itu kepada pihak AllProperty Media, namun memandangkan kini ianya dibawa ke Mahkamah Tinggi, mungkin perbicaraan akan diteruskan.

AllProperty Media merupakan pemilik nama domain PropertyGuru.com dan juga PropertyGuru.com.sg.

Tips awal oleh @MohdIsmail

Komen