Dengan dunia yang kini mula utamakan perkomputeran awan, HTC hari ini menambah syarikat portfolio dibawah mereka, iaitu Dashwire. Ianya diperkatakan yang mana HTC membeli syarikat Dashwire itu pada harga sekitar $18.5 juta, dan penambahan Dashwire, semestinya akan menguntungkan HTC yang mana mengeluarkan peranti dari pelbagai platform.
Sehingga kini, Dashwire menawarkan perkhidmatan sync melalui awan yang mana menyokong pelbagai platform, termasuk Android, Symbian, BlackBerry, dan juga Windows Mobile. Ianya membolehkan para pengguna untuk mengakses kandungan mereka dari mana-mana melalui sebarang platform dengan mudah.
Sehingga kini, HTC menawarkan peranti dalam bentuk pelbagai platform termasuk Android dan juga Windows Phone, yang mana turut didatangkan dengan antaramuka Sense. Semestinya penambahan ini akan diintegrasikan ke dalam Sense, membolehkan para pengguna HTC bertukar platform dengan mudah, dan menggunakan data sedia ada dengan senang, tanpa perlu melalui pelbagai proses seperti sebelumnya.