Nampaknya kini Research In Motion, sedikit demi sedikit menolak jenama mereka kembali, dimana setelah memperkenalkan lima peranti baru bersama-sama dengan BlackBerry OS 7 pada awal minggu ini, kini mereka turut sama mengumumkan BlackBerry App World 3.0 Beta kepada para pengguna mereka.
Bagi yang tidak kenali akan BlackBerry AppWorld, ianya merupakan salah satu aplikasi utama yang terdapat didalam peranti BlackBerry, membolehkan para pengguna untuk memuat-turun dan membeli aplikasi padanya, sama seperti Apple AppStore dan juga Android Market pada platform masing-masing.
Menariknya mengenai AppWorld 3.0 Beta ini adalah dimana ianya membawakan perubahan drastik dari segi antaramuknya, serta penambahan baru padanya, termasuk beberapa saluran baru, iaitu Applikasi, Permainan dan juga Tema sekaligus membolehkan para pengguna mencari sesuatu aplikasi itu dengan lebih mudah.
Pada masa yang sama, BlackBerry AppWorld turut sama mengintegrasikan fungsi BBM padanya, membolehkan para pengguna untuk berkongsi aplikasi menarik dengan mudah bersama-sama rakan-rakan mereka melalui BBM dan juga beberapa laman sosial yang lain.
Buat masa ini, untuk menguji BlackBerry AppWorld 3.0, para pengguna perlu berdaftar dengan BlackBerry Beta Zone yang hanya dibuka kepada beberapa buah negara sahaja, termasuk Malaysia.