Cari @ Amanz

Nampaknya berkemungkinan sekali lagi pelancaran Samsung Galaxy Tab 10.1 akan ditangguhkan lagi di Malaysia. Berkemungkinan ianya kini akan dilancarkan di Malaysia sekitar bulan September kelak, selepas perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Samsung Galaxy Tab 10.1

Buat masa ini, ianya tidak diketahui apakah sebab utama untuk penangguhan ini, samada disebabkan oleh faktor-faktor Hari Raya ataupun disebabkan faktor stok dan sebagainya. Melalui suatu kemaskini pada halaman Facebook rasmi Samsung Malaysia, mereka mengatakan yang mana pelancarannya di Malaysia akan ditangguhkan untuk beberapa minggu lagi.

Seperti semua sedia maklum, Samsung Galaxy Tab 10.1 dijangka akan dilancarkan oleh Samsung bersama-sama dengan Celcom sebagai permulaan, dan akan turut ditawarkan oleh Maxis dalam beberapa minggu selepas pelancarannya kelak. Sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd