Cari @ Amanz

Sebelum ini, kami menjadi yang pertama untuk melaporkan mengenai syarikat pengiklanan blog baru di Malaysia yang bakal dilancarkan iaitu Noobie.my, dan kini melalui perjumpaan yang amat ringkas bersama-sama dengan pembangunnya, ianya diketahui berkemungkinan laman tersebut akan dilancarkan kepada umum pada bulan hadapan.

Ianya diperkatakan yang mana pembangunan laman tersebut sudah pun mencapai fasa akhir, dan kini sedang menyelesaikan beberapa masalah berkaitan pepijat, dan dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi.

Seperti pernah dilaporkan sebelum ini. Noobie melalui halaman utama mereka, memperlihatkan yang mana mereka bakal membawakan konsep pengiklanan yang baru, yang mana akan menyediakan platform pengiklanan untuk blog, serta artikel berbayar melalui perkhidmatan mereka kelak.

Kami akan cuba mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya dalam masa terdekat kelak. Sama-sama kita nantikan pelancarannya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd