Ingatkah lagi dengan kereta dipandu automatik yang sedang diuji oleh Google. Kini ianya dilaporkan yang mana salah satu kereta automatik Google itu terlibat dalam kemalangan, dimana ianya telah melanggar salah satu kereta dari belakang. Namun, Google pantas mengeluarkan kenyataan mengatakan kereta tersebut dipandu secara manual pada ketika itu.
Sebelum ini, Google telah pun menguji kereta dipandu automatik mereka untuk suatu masa yang lama, mungkin setahun lebih, sebelum memperkenalkannya secara rasmi pada awal tahun ini tempoh hari.
Buat masa ini, kereta automatik Google ini masih lagi melalui fasa ujian, dan mungkin akan mengambil masa berbulan, mahupun bertahun lagi sebelum ianya mula dijual dipasaran.