Nampaknya, setelah menamatkan Google Directory sebelum ini, kini Google turut sama menamatkan perkhidmatan Google Dictionary mereka. Walaubagaimanapun, ianya mungkin tidak memberikan impak yang besar kepada para pengguna, memandangkan perkhidmatan seumpamanya sudah pun sedia diintegrasikan pada enjin carian mereka.
Bagi para pengguna yang ingin mencari definisi untuk sesuatu perkataan, mereka boleh terus menaip pada enjin carian Google, dengan penambahan kata “Definition” pada penghujungnya, dimana seterusnya akan diperlihatkan dengan definisi ringkas, dengan pautan ke halaman seumpama Google Dictionary sebelum ini yang mana memperlihatkan lebih banyak maklumat berkaitan kata kunci yang anda cari itu.
Pada masa yang sama, penutupan perkhidmatan Google Dictionary ini juga turut memperlihatkan yang mana Google kini dalam proses mengemaskini produk-produk mereka, disamping pada masa yang sama menutup dan menghentikan produk-produk yang tidak relevan lagi.