Jikalau sebelum ini, Facebook hanya memperlihatkan pautan dalam suatu kumpulan yang sama untuk memudahkan pengguna, kini Facebook dilihat mengorak selangkah kehadapan dengan mengumpulkan sesuatu kata kunci itu sekali, dan memperlihatkannya dalam suatu kumpulan yang sama sekali.
Ianya mungkin juga salah satu cara untuk Facebook mula mengutamakan pada kandungan, sekaligus membolehkan ianya mengumpulkan sesuatu kandungan itu melalui penggunaan kata kunci, selain pada masa yang sama membolehkan para pengguna mencari pelbagai lagi kandungan berkaitan sesuatu kata kunci itu dengan mudah.
Buat masa ini, mungkin hanya segelintir sahaja yang dapat melihat fungsi ini, dan ianya tidak pasti samada ianya pada fasa ujian, ataupun akan diperlihatkan kepada semua.
Tips awal daripada @Topotato