Chromium 15 Memperlihatkan Sedikit Perubahan Pada Halaman Tab Baru

Chromium 15 Memperlihatkan Sedikit Perubahan Pada Halaman Tab Baru

Diterbitkan pada Ogos 6, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, pembangunan Chromium telah pun memasuki ke versi 15, dan melalui versi pembangunan terkininya, ianya kelihatan yang mana ianya membawakan halaman tab baru yang diberikan nafas baru dengan beberapa perubahan padanya.

Melalui Chromium 15, kini ianya dilihat, melalui halaman tab baru, ianya turut sama memperlihatkan Chrome Extensions sebagai salah satu aplikasi, selain pada masa yang sama menambah Bookmark pada halaman tab baru. Sokongan lebih daripada satu profail juga turut didatangkan padanya, membolehkan para pengguna menambah profail lain dengan mudah.

Walaubagaimanapun, ianya masih lagi dalam pembangunan, dan berkemungkinan versi akhirnya kelak mungkin berbeza dengan apa yang dilihat sekarang.


TIPS & ULASAN