Carian
Qwest Membolehkan Soal-Jawab Berkaitan Lokasi Lebih Interaktif
August 6, 2011 Aman

Salah satu aplikasi yang diperkenalkan pada HackWeekend pada minggu lepas adalah Qwest yang mana dibangunkan oleh tiga orang pembangun dari YouthAsia. Melalui aplikasi ringkas tersebut, ianya membolehkan para pengguna bertanyakan soalan berkaitan lokasi, dan mendapatkan balasan daripada para pengguna lain dengan mudah.

Menariknya, berbeza dengan aplikasi seumpamanya yang lain, jikalau seseorang itu hendak membalas soalan tersebut, mereka perlulah berada disesuatu lokasi, dan jawapan akan ditambah berdasarkan penggunaan teknologi geolokasi tersebut, sekaligus menjadikannya salah satu aplikasi yang menarik dan berbeza dengan yang lain.

Buat masa ini, tiada sebarang aplikasi iPhone ataupun Android yang telah dikeluarkan. Namun begitu, para pengguna boleh mengaksesnya melalui pelayar web mudah-alih anda, yang mana sememangnya telah dioptimasikan untuk para pengguna peranti mudah-alih.

Komen