TuneTalk Bakal Menawarkan Peranti Android Dari Samsung?

TuneTalk Bakal Menawarkan Peranti Android Dari Samsung?

Diterbitkan pada Ogos 6, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang telah sedia kenali akan TuneTalk, iaitu salah satu syarikat telekomunikasi tempatan yang menawarkan talian prabayar kepada para penggunanya. Kini, ianya kelihatan yang mana TuneTalk bakal turut sama menawarkan peranti Android kepada para penggunanya tidak lama lagi.

Namun begitu, ianya masih tidak diketahui mekanisma bagaimanakah yang bakal digunakan oleh mereka untuk menawarkannya, memandangkan sehingga kini mereka hanya menyediakan perkhidmatan prabayar sahaja.

Peranti Android yang bakal diperkenalkan juga tidak diketahui lagi buat masa ini. Namun begitu, melalui Twitter, ianya kelihatan yang mana mereka telah berjumpa dengan Samsung baru-baru ini. Mungkin kita akan mendengar maklumat berkenaan dengannya tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Yes RT @iFarahz: @tonyfernandes any plans on adroid phones? ;). Jason lo with samsung president now http://lockerz.com/s/127030326less than a minute ago via UberSocial for BlackBerry Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN