Research In Motion ataupun RIM merupakan pengeluar BlackBerry seperti semua sedia maklum. Namun akhir-akhir ini, popularitinya dilihat merudum sedikit, namun ianya cuba dipulihkan dengan pelancaran beberapa peranti dengan BlackBerry OS 7 pada awal minggu tempoh hari. Pada masa yang sama, melalui infografik ringkas ini, ianya memperlihatkan beberapa info berkenaan RIM dari dulu hingga sekarang, serta perbandingan bersama beberapa jenama terkemuka lain.