Cari @ Amanz

Seperti mana yang diperkatakan sebelum ini, kini Google mula mengehadkan jemputan ke Google+ kepada sebanyak hanya 150 jemputan sahaja setiap seorang pengguna, selain pada masa yang sama turut sama memperkenalkan kebolehan untuk mengajak rakan-rakan menyertai Google+ dengan hanya berkongsi pautan sahaja.

Bermula hari ini, setiap pengguna disediakan dengan sebuah pautan unik, yang mana boleh dikongsikan untuk menarik rakan-rakan lain menyertai Google+. Perkara ini sekaligus memudahkan fungsi jemputan, dan tidak lagi memerlukan para pengguna untuk memasukkan emel satu demi satu sebelum ini.

Mungkin juga kita akan dapat melihat ramai pengguna berkongsi pautan melalui Facebook dan Twitter selepas ini untuk menarik rakan-rakan mereka menyertai Google+. Namun begitu, seperti dimaklumkan, setiap pengguna kini hanya diberikan sebanyak 150 jemputan sahaja.

Bagi pengguna yang masih tidak mempunyai jemputan Google+, anda boleh mendaftarkan diri dengan mudah melalui pautan khas Amanz Network.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd