Cari @ Amanz

AmanzRewards : Terima Kasih Terato Tech

Oleh Aman

Link Copied!

Dengan beberapa buah hadiah AmanzRewards yang telah mula ditebus oleh para pembaca, kini kami terus menambah beberapa hadiah yang lain lagi. Terkini, pembangun aplikasi mudah-alih terkemuka tempatan, iaitu TeratoTech menyediakan beberapa helai baju-t untuk para pembaca Amanz melalui AmanzRewards.

Bagi yang tidak kenali akan TeratoTech, mereka merupakan salah satu pembangun aplikasi mudah-alih terkemuka tempatan yang telah memenangi pelbagai anugerah. Baru-baru ini, mereka turut sama telah melancarkan aplikasi permainan bersama-sama dengan pihak CIMB, iaitu Octo Explorer. TeratoTech juga dijangka bakal melancarkan aplikasi Undies tidak lama lagi kepada para pengguna iPhone.

Kami akan mengemaskini katalog AmanzRewards dengan lebih banyak hadiah menarik tidak lama lagi.


Komen ()