Antaramuka Chrome Dengan Sokongan Skrin Sentuh Diperlihatkan

Antaramuka Chrome Dengan Sokongan Skrin Sentuh Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 7, 2011 oleh .

Sebelum ini, kita telah pun dapat melihat beberapa pengintegrasian sokongan antaramuka pada Chrome untuk para pengguna skrin sentuh, terutamanya tablet. Kini, salah seorang pembangun, telah pun merakamkan versi pembangunan Chrome dengan sokongan antaramuka sentuhan, sekaligus memberikan idea dengan lebih mendalam lagi bagaimana ianya akan kelihatan kelak.

Sehingga kini, masih tiada sebarang berita rasmi daripada Google berkaitan sokongan Chrome untuk skrin sentuh. Berkemungkinan juga, ianya merupakan salah satu persediaan untuk Google sebelum memperkenalkan ChromeOS yang kini hanya terdapat pada ChromeBook kepada peranti dengan sokongan skrin sentuh.

Sama-sama kita nantikan perkembangan pelayar web kesayangan Google ini.


TIPS & ULASAN