Facebook Mempunyai Buku Telefon Anda?

Facebook Mempunyai Buku Telefon Anda?

Diterbitkan pada Ogos 7, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang tidak tahu perkara ini, yang mana anda boleh mendapatkan senarai nombor telefon rakan-rakan Facebook anda dengan mudah melalui suatu halaman yang didedikasikan, dipanggil Phonebook Contacts. Melaluinya, ianya memperlihatkan nama rakan anda, bersama-sama dengan nombor telefon dengan tersusun sekali.

Melalui penerangan ringkas yang diperlihatkan oleh Facebook, ianya menunjukkan yang mana Facebook Phonebook memperlihatkan senarai nama yang pernah diimport daripada telefon bimbit para pengguna, dan juga dari rakan-rakan Facebook anda, dan memperlihatkannya melalui halaman tersebut.

Para pengguna yang ingin membuang fungsi tersebut, boleh melakukannya dengan mudah, iaitu dengan mematikan fungsi tersebut pada peranti mudah-alih anda, dan seterusnya mematikannya melalui halaman yang disediakan pada Facebook.


TIPS & ULASAN