Apple iOS 5 Beta 5 Dilepaskan Kepada Para Pembangun

Apple iOS 5 Beta 5 Dilepaskan Kepada Para Pembangun

Diterbitkan pada Ogos 7, 2011 oleh .

Hari ini, Apple telah pun mengeluarkan kemaskini pembangunan untuk iOS 5, iaitu iOS 5 Beta 5 kepada para pembangun, bersama-sama dengan kemaskini beberapa aplikasi lain, termasuk iTunes 10.5 Beta 5. Buat masa ini, tiada sebarang perubahan drastik yang kelihatan padanya, selain daripada beberapa peningkatan yang dilakukan.

Dan seperti beta sebelum ini, iOS 5 Beta 5 ini turut sama menyokong kemaskini OTA, dimana para pengguna tidak lagi diperlukan untuk mengemaskini perisian mereka secara tradisional dengan menghubungkannya pada iTunes, sebaliknya boleh terus mengemaskininya dengan mudah dan senang.

Sehingga kini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah iOS 5 versi akhir akan dilancarkan. Namun, mengikut jangkaan ramai, ianya mungkin sekitar pada bulan September kelak. Sama-sama kita nantikannya.

Tips awal daripada Epireve


TIPS & ULASAN