Setelah diperkatakan mengenai sokongan suara-ke-teks pada iOS sebelum ini, kini melalui iOS 5 Beta 5 yang dilepaskan baru-baru ini, ianya kelihatan fungsi tersebut telah pun diintegrasikan bersama, dimana ianya boleh dilihat melalui kemaskini kecil yang dibawakan pada papan kekunci atas skrin yang terdapat pada iOS.
Melalui kemaskini yang diperkenalkan, ianya memperlihatkan sebuah mikrofon pada papan kekunci, membolehkan para pengguna memasukkan teks menggunakan suara sebaik sahaja menekannya. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum aktif dan boleh digunakan pada iOS 5 Beta 5 ini, dan mungkin hanya akan diperkenalkan pada versi akhir sekiranya semuanya berjalan lancar.