Cari @ Amanz

Selepas ramai yang meminta DiGi untuk turut sama menawarkan Samsung Galaxy S2, kini ianya akan menjadi kenyataan tidak lama lagi, dimana melalui halaman Facebook rasmi DiGi, mereka memberi petunjuk memperlihatkan yang mana mereka bakal menawarkan Samsung Galaxy S2 tidak lama lagi.

Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengan tawaran Samsung Galaxy S2 daripada DiGi ini akan kedengaran pada minggu ini. Buat masa ini, seperti semua sedia maklum, hanya Maxis yang menawarkan Samsung Galaxy S2 bersama-sama dengan pakej bulanan.

Sama-sama kita nantikan pelan dan pakej yang bakal diperkenalkan oleh DiGi untuk Galaxy S2 ini kelak.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd