Windows 8 Tidak Mengintegrasikan Sokongan Dolby Digital Plus?

Windows 8 Tidak Mengintegrasikan Sokongan Dolby Digital Plus?

Diterbitkan pada Ogos 8, 2011 oleh .

Salah satu teknologi yang diintegrasikan pada Windows 7 sebelum ini adalah Dolby Digital Plus yang membolehkan memainkan DVD dengan sokongan bunyi definisi tinggi. Namun begitu, ianya kini kelihatan yang mana Windows 8 tidak lagi mengintegrasikan fungsi tersebut buat masa ini, dan perkara ini disahkan oleh pihak Dolby sendiri.

Buat masa ini, ianya tidak diketahui samada Microsoft akan mengintegrasikan sokongan memainkan DVD daripada penyedia yang lain, ataupun menyediakan beberapa pilihan berkaitan dengannya. Apa yang kita boleh nantikan adalah acara BUILD yang bakal diadakan pada bulan September ini, dimana pelbagai perkara berkaitan Windows 8 dijangka akan diketahui.

Microsoft juga dijangka akan melancarkan Windows 8 Beta kepada umum tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN