Sehingga kini, ramai yang menantikan Samsung Galaxy Tab 8.9, selain daripada Galaxy Tab 10.1 yang dijangka akan dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi. Sebelum ini, Samsung Malaysia mengatakan yang mana berkemungkinan pelancaran kedua-dua peranti ini mungkin akan berbeza lebih kurang sebulan antara satu sama lain.
Namun begitu, melalui sebuah video ringkas yang diperlihatkan, ianya menunjukkan yang mana Galaxy Tab 8.9 beroperasi dengan lebih menarik dan lancar, tanpa tersekat atau sebarang gangguan. Selain daripada itu, ianya membawakan fungsi yang sama seperti terdapat pada Galaxy Tab 10.1, selain daripada saiz skrinnya yang berbeza.
Harga antarabangsa mahupun tempatan untuk Galaxy Tab 8.9 masih lagi tidak diketahui buat masa ini. Mungkin ianya akan diumumkan oleh Samsung tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.