Cari @ Amanz

TuneTalk Kini Menawarkan Kad-SIM Dan Penghantaran Percuma

Oleh Aman

Link Copied!

Jikalau pada permulaan pengenalan dunia telekomunikasi, kad SIM dijual pada harga ratusan ringgit untuk mendapatkan nombor sahaja, kini selepas beberapa tahun, para pengguna boleh mendapatkannya secara percuma, dan sempena dengan musim perayaan ini, TuneTalk turut menawarkan penghantaran SIM percuma kepada penggunanya.

TuneTalk melalui promosi khas, dan dalam usaha untuk terus menarik pengguna baru, mereka kini menawarkan kad SIM percuma bersama-sama dengan penghantaran SIM ke rumah anda ditanggung sepenuhnya bersempena dengan bulan Ramadhan ini.

Buat masa ini, TuneTalk dikatakan sebagai syarikat MVNO terbesar di Asia buat masa ini. Selain daripada itu, pelancaran perkhidmatan BlackBerry mereka sebelum ini, telah pun menerima sehingga 3000 pengguna buat masa ini. TuneTalk juga turut diperkatakan bakal memperkenalkan peranti Android daripada Samsung tidak lama lagi, sekaligus mempelbagaikan lagi tawaran mereka.


Komen ()