Dengan pelbagai berita berkenaan dengan Malaysia Airlines pada minggu ini, tahukah anda yang mana MAS turut sama mempunyai sebuah aplikasi ringkas iPad mereka yang mana melaluinya mereka menawarkan majalah interaktif percuma kepada semua pengguna iPad secara percuma?
Dan kini, para pengguna yang menggunakan iPad, boleh memuat-turun majalah iPad MAS iaitu Going Places edisi Ogos melalui AppStore. Bersempena dengan bulan Ogos ini, ianya membawakan pelbagai kisah-kisah menarik tentang sejarah, masyarakat, dan pelbagai perkara menarik berkaitan Malaysia sendiri, sekaligus memudahkan para pengguna mengenali dengan lebih rapat negara tercinta kita ini.
Bagi yang tidak pernah ikuti akan Going Places, ianya merupakan majalah bulanan, dimana anda hanya perlu memuat-turun aplikasi iPadnya hanya sekali, dan kemudian setiap kemaskini majalah bulanan akan dibawakan secara percuma melaluinya.
Aplikasi ini juga dibangunkan oleh pembangun terkemuka TeratoTech, yang mana juga merupakan salah seorang penaja untuk AmanzRewards. Para pengguna iPad yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma terus melalui AppStore bermula hari ini.