DiGi Menawarkan Samsung Galaxy S2 Pada Harga Serendah RM1349

DiGi Menawarkan Samsung Galaxy S2 Pada Harga Serendah RM1349

Diterbitkan pada Ogos 8, 2011 oleh .

Seperti mana yang diperkatakan semalam, kini DiGi telah pun mula menawarkan Samsung Galaxy S2 bersama-sama dengan pakej DiGi Smart Plan mereka, pada harga serendah RM1349 dengan kontrak bersama-sama dengan DiGi selama lebih kurang 24 bulan.

Seperti semua sedia maklum, melalui Galaxy S2 membawakan Android 2.3 Gingerbread, bersama-sama dengan cip dwi-teras, kamera 8-megapixel, dan juga sokongan HD sepenuhnya untuk rakaman dan juga memainkannya kembali.

DiGi menawarkan dua pakej berbeza untuk Galaxy S2, iaitu pakej untuk 24 bulan dan juga pakej untuk 12 bulan, dimana melalui pakej 24 bulan – para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1349, manakala melalui pakej 12 bulan – para pengguna boleh mendapatkannya pada harga serendah RM1599.


TIPS & ULASAN