Cari @ Amanz

Aflexi, iaitu salah satu syarikat penyedia perkhidmatan perisian CDN untuk industri hosting, hari ini telah diambil-alih oleh OnApp, sekaligus menjadi sebahagian daripada keluarga OnApp. Walaubagaimanapun, harga pengambil-alihan tidak diumumkan oleh kedua-dua pihak buat masa ini.

Aflexi yang beribu-pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia, kini akan menjalankan pembangunan, jualan dan juga sokongan untuk produk-produk OnApp dirantau Asia Pasifik bermula hari ini. 12 orang pekerja Aflexi sedia ada juga turut sama akan menyertai pasukan OnApp.

OnApp merupakan salah satu syarikat yang membangunkan perisian untuk penyedia hosting, dan dimulakan pada Julai 2010. Dengan penyertaan Aflexi padanya, mungkin kita akan dapat melihat perkembangan yang sihat oleh OnApp dalam membangunkan aplikasi dan perisian untuk kegunaan syarikat dan industri hosting seluruh dunia.

Tips awal daripada Kamal

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd