HotFM Menjadi Antara Jenama Yang Terawal Menyertai Google+

HotFM Menjadi Antara Jenama Yang Terawal Menyertai Google+

Diterbitkan pada Ogos 8, 2011 oleh .

Nampaknya, kini selain daripada Facebook dan Twitter, beberapa jenama tempatan turut sama memberikan perhatian pada Google+. Walaupun buat masa ini, Google masih belum memperkenalkan akaun Google+ untuk jenama dan perniagaan, kini selain daripada Amanz Network, HotFM turut sama mempunyai akaun rasmi Google+ mereka.

HotFM yang sedang mensasarkan untuk menarik lebih daripada 1 juta peminat pada halaman Facebook rasmi mereka, kini turut membuka akaun Google+, membolehkan peminat dan pendengar mereka turut mengikuti perkembangan mereka melalui laman sosial Google tersebut.

Sehingga kini, sudah terdapat lebih kurang 200 orang pengguna menambah HotFM dalam Circle merkea pada Google+, dan mungkin angka ini akan bertambah tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, akaun Google+ individu yang digunakan mempunyai beberapa halangan buat masa ini, namun ianya tidak menghentikan jenama dan perniagaan menggunakannya. Namun begitu, mungkin kelak apabila akaun Google+ untuk jenama dan perniagaan dilancarkan, kita boleh lihat semua beralih kepadanya. Sama-sama kita nantikannya.

@amanfirdaus ok google + tu mmg officially @hotfm976 punya so bileh la gtaw kt blog kau :D hihiless than a minute ago via Twitter for iPhone Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN