Cari @ Amanz

GetJar Memperkenalkan Klien Khas Untuk Pengguna Android

Oleh Aman

Link Copied!

Mungkin ramai yang sedia kenali akan web aplikasi percuma, iaitu GetJar yang mana telah pun melangkaui lebih 2 billion muat-turun melaluinya. GetJar yang menyediakan aplikasi untuk pelbagai platform, kini melangkah setapak kehadapan lagi dengan memperkenalkan sebuah aplikasi klien khas untuk pengguna Android.

Ianya merupakan sebuah aplikasi ringkas yang menghubungkan pengguna dengan laman web GetJar rasmi, dan membolehkan mereka memuat-turun aplikasi ke peranti Android mereka dengan mudah. Apa yang menariknya adalah, memandangkan GetJar mempunyai perkhidmatan yang menawarkan aplikasi berbayar secara percuma, iaitu GetJar Gold, ianya sekaligus memudahkan para pengguna Android memuat-turun aplikasi terpilih Android yang berbayar secara percuma melaluinya.

Para pengguna Android yang berminat, boleh memuat-turun klien Android ini, dan mula memuat-turun pelbagai aplikasi percuma dengan mudah menerusinya. Mungkin juga kita akan dapat melihat klien untuk platform lain tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan GetJar.


Komen ()